Isnin, 22 Februari 2010

Lelaki & wanita

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa
sendiri apabila sudah baligh manakala
dosa gadis bujang ditanggung oleh
bapanya. Lelaki berkahwin kena
tanggung dosa sendiri, dosa isteri,
dosa anak perempuan yang belum
berkahwin dan dosa anak lelaki yang
belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena
bertanggung jawab ke atas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan
tanggung jawabnya maka dosa baginya
terutama anak lelaki yang tua,
manakala perempuan tidak, perempuan
hanya perlu taat kepada suaminya.
Isteri berbuat baik pahala dapat
kepadanya kalau buat takbaik dosanya
ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri,
ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun
begitu isteri boleh membantu. Haram
bagi suami bertanya pendapatan isteri
lebih-lebih lagi menggunakan
pendapatan isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi
yang bergelar suami perlu tanggung
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-
dosa yang ditanggungnya seperti gunung
dengan semut. Itu sebabnya mengikut
kajian nyawa orang perempuan lebih
panjang daripada lelaki. Lelaki mati
cepat kerana tak larat dengan beratnya
dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian
laa..)tak dak kaajian pun. Tetapi orang lelaki ada
keistimewaannya yang dianugerah oleh
Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu,
kalau tak tahu kena jadi perempuan.
Begitulah kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding
lelaki. Perlu meminta izin dari
suaminya apabila mahu keluar rumah
tetapi tidak sebaliknya. Saksinya
kurang berbanding lelaki. Menerima
pusaka kurang dari lelaki. Perlu
menghadapi kesusahan mengandung dan
melahirkan anak. Wajib taat kepada
suaminya tetapi suami tak perlu taat
pada isterinya. Talak terletak di
tangan suami dan bukan isteri. Wanita
kurang dalam beribadat kerana masalah
haid dan nifas yang tak ada pada
lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga
dan dibelai serta disimpan di tempat
yang tersorok dan selamat. Sudah pasti
intan permata tidak akan dibiar
bersepah-sepah bukan? Itulah
bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi
lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali
lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu
adalah seorang wanita? Wanita menerima
pusaka kurang dari lelaki tetapi harta
itu menjadi milik peribadinya dan
tidak perlu diserahkan kepada
suaminya, manakala lelaki menerima
pusaka perlu menggunakan hartanya
untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung
dan melahirkan anak, tetapi setiap
saat dia didoakan oleh segala haiwan,
malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di
mukabumi ini, dan matinya jika kerana
melahirkan adalah syahid kecil.
Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa
kecil). Di akhirat kelak, seorang
lelaki akan dipertanggungjawabk an
terhadap 4 wanita ini: isterinya,
ibunya, anak perempuannya dan saudara
perempuannya. Manakala seorang wanita
pula, tanggungjawab terhadapnya
ditanggung oleh 4 org lelaki ini:
suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan
saudara lelakinya. Seorang wanita
boleh memasuki pintu Syurga melalui
mana-mana pintu Syurga yg disukainya
cukup dengan 4 syarat sahaja:
sembahyang 5 waktu, puasa di bulan
Ramadhan, taat suaminya dan menjaga
kehormatannya. Seorang lelaki perlu
pergi berjihad fisabilillah tetapi
wanita jika taat akan suaminya serta
menunaikan tanggungjawabnya kepada
ALLAH akan turut menerima pahala
seperti pahala orang pergi berperang
fisabilillah tanpa perlu mengangkat
senjata.

MasyaALLAH.. ...sayangnya ALLAH pada
wanita ....
Seorang wanita adalah pelengkap dan
sememangnya istimewa di sisi seorang
lelaki, tetapi ingatlah wahai
lelaki...kamu sebenarnya adalah
istimewa disisi Allah, maka dengan
sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan
itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita
sebaik-baiknya. ....supaya kelak
masing2 lelaki dan wanita dapat pulang
mengadap Allah dalam keadaan istimewa
disisiNYA.. "

Ahad, 21 Februari 2010

wanita disisi lelaki








Betapa pentingnya wanita di sisi lelaki. Apa tidaknya, lelaki akan terasa sunyi tanpa wanita. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mampu untuk meluruskan mereka.

Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, kerana diciptanya begitu rupa oleh mereka. Didiklah mereka dengan panduan dariNya.

Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar, jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita...

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah, kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, di situlah kuncinya. Akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.

Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak kebesaran Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah mereka walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan.

Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki pelbagai wajah: negarawan, karyawan, jutawan dan wan-wan yang lain. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak lurus, malah membengkokkan.

Bila wanita derhaka, dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan.

Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita.